Khamis, 18 September 2014

10 Ciri Peribadi Muslim.

  1. Akidah yang sejahtera.
  2. Ibadah yang sohih.
  3. Akhlak yang mantap.
  4. Berpengetahuan luas.
  5. Tubuh badan yang sihat.
  6. Bermujahadah untuk mengawal nafsu.
  7. Berdikari.
  8. Tersusun dalam urusan.
  9. Menepati masa.
  10. Bermanfaat untuk orang lain.  
 Sebagai seorang muslim ayuhlah kita berusaha untuk memiliki kesemua ciri-cici ini.

Selasa, 16 September 2014

Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa menghidupkan sunahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari kiamat di syurga.

Isnin, 15 September 2014

Taat dan mahabah kepada Allah SWT dan Rasul-Nya

Allah berfirman dalam surah al-Imran Mafhumnya : "Katakanlah,jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu ...." Sesungguhnya mahabah seorang hamba kepada Allah SWT dan Rasulnya-Nya bererti ketaatan dan kepatuhan kepada segala suruhannya dan larangannya. Jika seorang hamba itu yakin dan tahu bahawa kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah dan setiap kesempurnaan yang dia lihat dari dirinya atau dari orang lain adalah dari berkat Pertolongan Allah tentu cintanya hanya untuk Allah.