Selasa, 26 Mei 2015

Saudara-saudaraku sekalian apa khabar saudara seislam kita di PALESTIN??

Tiada jawapan yang pasti atas soalan ini......
Saya juga tiada skema jawapan atas soalan ini....
Yang pastinya saya sokong kempen boikot ISRAEL...
Berdasarkan hadis yang ke 13 daripada hadis 40 Imam Nawawi,
maksudnya:
Tidak beriman (secara sempurna)seseorang dari kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.



Sabtu, 24 Januari 2015

Muhasabah Remaja

Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah seorang remaja, dan masih bergelar remaja. Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura?

Khamis, 18 September 2014

10 Ciri Peribadi Muslim.

  1. Akidah yang sejahtera.
  2. Ibadah yang sohih.
  3. Akhlak yang mantap.
  4. Berpengetahuan luas.
  5. Tubuh badan yang sihat.
  6. Bermujahadah untuk mengawal nafsu.
  7. Berdikari.
  8. Tersusun dalam urusan.
  9. Menepati masa.
  10. Bermanfaat untuk orang lain.  
 Sebagai seorang muslim ayuhlah kita berusaha untuk memiliki kesemua ciri-cici ini.

Selasa, 16 September 2014

Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa menghidupkan sunahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari kiamat di syurga.

Isnin, 15 September 2014

Taat dan mahabah kepada Allah SWT dan Rasul-Nya

Allah berfirman dalam surah al-Imran Mafhumnya : "Katakanlah,jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu ...." Sesungguhnya mahabah seorang hamba kepada Allah SWT dan Rasulnya-Nya bererti ketaatan dan kepatuhan kepada segala suruhannya dan larangannya. Jika seorang hamba itu yakin dan tahu bahawa kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah dan setiap kesempurnaan yang dia lihat dari dirinya atau dari orang lain adalah dari berkat Pertolongan Allah tentu cintanya hanya untuk Allah.